13 hari sudah... mungkin makin lama nanti makin baik. Syukur masih dikelilingi mereka yang boleh aku bergantung harap, syukur masih punya hati yang sudi menerima aku seadanya, syukur masih punya kudrat menghadapi segala...
Bukan menyombong, bukan bongkak. Sudah masanya untuk aku gunakan kebaikan aku untuk mereka yang layak sahaja. Maaf, aku tak mahu lagi menjadi si baik yang bodoh... dimana kebaikan aku ditadah, dijamah, ditelan hidup... maka akhirnya ditinggal tulang, dijilat untuk kali terakhir dan dicampak ke tanah sambil kau sendawa kenyang. Tidak habis disitu, jika kurang bernasib baik digonggong pula si anjing kurap dan seterusnya ... kau tidak mahu tahu.
Kita punya hak untuk memilih, kenapa tidak menggunakannya?
Pilih kawan yang boleh menangis sama kau, bukan ketawa sinis lalu balik pulang ke rumah esok hari lupa siapa kita.
*Kau orang tahu kau orang siapa. Trimas kawan..

